Simcard_ONE_XOX_Sijil_Patuh_Syariah
Sijil-Kepatuhan-Shari’ah-yang-diiktiraf
Sijil-Patuh-Syariah Sijil-Kepatuhan-Shari’ah-yang-diiktiraf
Sijil Patuh Syariah ONEXOX yang diiktiraf

ONEXOX PATUH SHARI’AH

Gunakan Tanpa Was-was

Pada 9 September 2016 syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shari’ah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOx Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung Syarikat didalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada semua untuk bergerak memasarkan ONEXOX dengan lebih yakin. Sebelum Syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman web Syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar Sistem Onesys, borang-borang yang digunapakai, terma & syarat yang terkandung didalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan Syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/”misleading dan yang pentingnya hasil pendapatan adalah daripada sumber yang halal.

Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman
PengerusiJawatankuasa Shari’ah ONEXOX

Soal Jawab Shari’ah

Harga Kad Sim dan tambah nilai

Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

Penilaian Shari’ah:

Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.

Pembelian 'validity' atau pemanjangan tempoh sah

Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

Penilaian Shari’ah:

Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.

Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi ‘validity’ iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.

Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah ‘validity’ iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.

Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
Akad ini adalah sah disisi Syara’.

Caj pindahan kredit

Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima. Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

Penilaian Shari’ah:

Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.

Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.

Insentif 'User-Get-User'

Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.

Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.

Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.

Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.

Penilaian Shari’ah:

Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX. Tiada bebanan kepada pengguna.

Pembelian 'Season Pass'

Jualan ‘Season Pass’ merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

Penilaian Shari’ah:

Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.